Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei bergotong-royong menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai. Foto: TVS

Utamakan langkah kebakaran ketika musim Aidilfitri ini

SARIKEI, 14 April: Orang ramai perlu meningkatkan aspek keselamatan pencegahan kebakaran di kediaman masing-masing sebelum pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Penolong Penguasa Bomba Mahmudin Narudin juga mengingatkan orang ramai juga harus lebih peka pada musim perayaan ini.

“Ini bertujuan untuk mengelak ‘sindrom lupa dan leka’ yang boleh menjadi salah satu punca berlakunya kebakaran.”

“Saya juga ingin mengingatkan agar semua sentiasa berhati-hati dan patuhi piawaian keselamatan kebakaran dengan memastikan semua peralatan mudah terbakar dan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Sarikei pada Khamis selepas program agihan bubur lambuk kepada orang ramai anjuran BBP Sarikei dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini.

Dalam pada itu, tegasnya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) akan terus mempergiatkan kempen keselamatan sebagai peringatan awal serta langkah pencegahan dałam kalangan orang ramai.

Menurutnya ia merupakan inisiatif penting pihak JPBM demi keselamatan nyawa orang ramai serta harta benda terutama ketika mereka sedang sibuk melakukan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Kita juga menyelitkan beberapa program yang pihak bomba kita akan laksanakan seperti demostrasi pencegahan kebakaran, menggunakan atau mengendalikan kebakaran di dapur.

“Bagi agensi yang lain, Jabatan Penerangan pula akan memberi pamplet dan KPDN pun lebih kurang sama, memberikan risalah kepada semua komuniti sebagai memupuk kesedaran ketika musim perayaan ini,” katanya lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan