Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hidangan Aroma Sungkei kali ini

Aroma Sungkei – Episod 22 | Resipi Mi Kolok Goreng dan Cucur Keledek dan Kurma

ByTVS

HIDANGAN apa yang disajikan dalam Aroma Sungkei kali ini? Ikuti rancangan Sungkei Episod 22 yang telah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Khamis (13 April).

Dua menu yang dipertontonkan ialah Mi Kolok Goreng dan Cucur Keledek dan Kurma. Sekiranya anda ingin mencuba, ikuti dua resipi sajian di bawah.

Mi Kolok Goreng

Bahan-bahan:

4 keping mi kolok kering

100g hirisan ayam

2 sudu cili kisar

1 sudu kicap pekat

3 sudu kicap manis

1 cawan minyak bawang

1 biji telur

50g sawi

50g taugeh

Garam

Cara memasak:

 

  1. 1. Celur mi kolok kering
  2. 2. Campurkan mi kolok dengan minyak bawang
  3. 3. Goreng telur seketika dan masukkan cili kisar
  4. 4. Masukkan ayam dan tunggu selama 2 minit sehingga masak
  5. 5. Masukkan mi kolok, kicap pekat dan kicap manis
  6. 6. Gaul sehingga sebati dan masak selama 3 minit
  7. 7. Sedia dihidang

Cucur Keledek dan Kurma

Bahan-bahan:

200g Keledek rebus

7 biji Kurma

100g Tepung gandum

Garam

Cara penyediaan:

  1. 1. Lenyek keledek rebus
  2. 2. Campurkan tepung gandum dan garam
  3. 3. Bentukkan bulat dan goreng sehingga keemasan
  4. 4. Sedia dihidang

Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di FacebookInstagram dan TikTok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan