Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba berusaha memadam kebakaran bagi mengelak api daripada merebak. Foto: BBP Saratok

Cemas lori tiba-tiba terbakar pada tengah malam

SARATOK, 14 April: Tiga lelaki berdepan detik cemas apabila lori yang dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Jalan Saratok Roban, tengah malam tadi.

Insiden kira-kira jam 12.50 tengah malam itu dipercayai berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari Kuching menghala ke Sibu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok, Penolong Penguasa Bomba Putra Ila berkata, mangsa menyedari kejadian selepas ternampak api sebelum sempat memberhentikan lori dan keluar dari kenderaan berat itu.

“BBP Saratok menerima laporan kejadian ini kira-kira jam 12.59 malam sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kita mendapati tayar bahagian belakang sebelah kanan lori itu terbakar. Bomba melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan dua aliran salur bantu air dari jentera bomba sehingga api padam sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Beliau berkata, peratusan kebakaran hanya 10 peratus membabitkan bahagian tayar dan kanvas penutup muatan lori.

Sementara itu kesemua mangsa yang merupakan kelindan dan pemandu lori selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Punca kejadian ini bagaimanapun masih dalam siasatan,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan