Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol bersama Faishal Bujang dan ahli-ahli Kelab Media #IamSarawakian mengagihkan makanan berbungkus kepada para petugas keselamatan di Hospital Umum Sarawak pada malam tadi. Foto: Saibi Gi

#IamSarawakian kongsi rezeki dengan masyarakat

BySaibi Gi

KUCHING, 14 April: Atas niat bersedekah dan berkongsi rezeki sempena Ramadan, Kelab Media #IamSarawakian mengagihkan makanan berbungkus di lokasi terpilih di bandar raya ini pada malam Khamis.

Timbalan setiausaha kelab, Faishal Bujang berkata inisiatif mereka adalah atas dasar membantu masyarakat meskipun tidak seberapa.

“Kami bukan hanya mengagihkan makanan berbungkus kepada gelandangan, tetapi turut menyerahkannya kepada polis dan pengawal keselamatan,” katanya ketika ditemui selepas mengagihkan makanan.

 

Datuk Abdullah Saidol mengagihkan makanan berbungkus kepada anggota polis yang bertugas di Balai Polis Sentral. Foto: Saibi Gi

Turut menyertai pengagihan, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol.

Kira-kira 100 pek mengandungi nasi goreng daging dan air minuman diedar oleh 10 ahli kelab.

Lebih manis apabila Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol turut menyertai ahli-ahli kelab mengagih bungkusan berkenaan.

Ahli-ahli Kelab Media #IamSarawakian berkongsi rezeki dengan petugas kesihatan di kafeteria berdekatan Hospital Umum Sarawak. Foto: Saibi Gi

Lokasi pengagihan bertumpu di Tebingan Kuching, Lebuh India, Balai Polis Sentral dan di Anjung Kasih, Hospital Umum Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan