Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuih bingka Negeri Sembilan berbentuk bunga yang telah siap dibakar. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Inovasi bingka dari Negeri Sembilan, tawar sembilan perisa unik

ByAmirah Shawel

KUCHING, 14 April: Kuih bingka atau bengkang terus diminati masyarakat di Malaysia hingga kudapan tradisional itu diinovasikan dengan sembilan perisa yang unik.

Kreativiti peniaganya iaitu pasangan suami isteri, Muhammad Fakhrur Razi Abu Bakar dan Puteri Nadhirah Izhar, menampilkan kuih bingka Negeri Sembilan di bandar raya ini telah mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat.

Kuih bingka Negeri Sembilan berbentuk bunga dibakar hingga sempurna, menggamit selera pelanggan. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Malahan, Razi yang tidak menyangka resepi kuih bingka Negeri Sembilan yang diperturunkan daripada ibu mertuanya diterima baik di sini.

“Kalau lihat di Semenanjung, ramai yang berniaga bingka pelbagai jenis, namun berbeza sekali di Sarawak. Jadi, kami cuba mengusahakannya di sini.

“Kami menawarkan bermacam perisa bingka iaitu pandan ibu, ubi gula apong, kacang hijau, jagung, nestum, keju, kacang merah, bread pud chocolate dan labu,” kata Razi ketika ditemui TVS pada Selasa.

Kuih bingka Negeri Sembilan berbentuk bunga yang telah siap dibakar. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Tambahnya lagi, dirinya dan isteri menjual perisa bingka yang bersesuaian dengan cita rasa orang muda dan orang lama dengan harga yang berpatutan bermula engan harga RM8.

Bingka berperisa pandan ibu dan labu merupakan pilihan utama pelanggannya tidak kira usia, namun bingka keju dan coklat terus digemari oleh golongan muda.

Berkongsi lanjut, Razi memberitahu acuan berbentuk bunga yang dipilihnya telah mempengaruh rasa dan teksturnya. Ini kerana apabila dibakar, kerak pada sisi menambah kerangupan pada bingka dengan tekstur di dalamnya yang lembut.

Menurut Razi, mulanya membakar kuih bingka hanyalah satu hobi bagi mengisi masa lapang ketika pandemik COVID-19, namun kini perusahaan pasangan ini menjadi perniagaan sepenuh masa mereka.

“Awalnya ia hanya aktiviti sampingan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apabila mendapat permintaan daripada pelanggan, kami mula menjualnya secara dalam talian dan seterusya membuka gerai di Bazar Ramadan Metrocity,” katanya.

Kuih bingka Negeri Sembilan berbentuk bunga dibakar hingga sempurna, menggamit selera pelanggan. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Setakat ini, Razi bersama isterinya akan menghasilkan sekurang-kurangnya 40 loyang bingka sehari untuk dijual di pasar malam, selain turut menerima tempahan daripada pelanggan luar.

Paling membanggakan pasangan itu mereka juga pernah menerima tempahan daripada pelanggan dari Pusa dan Sarikei. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan