Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sembilan motosikal dan empat skuter elektrik musnah dalam kebakaran di hadapan pusat beli-belah Suria KLCC, petang semalam. Foto: Bernama

Sembilan motosikal, empat skuter musnah dalam kebakaran di Suria KLCC

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 April: Sembilan motosikal dan empat skuter elektrik musnah dalam kebakaran di hadapan pusat beli-belah Suria KLCC, petang ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata dalam kejadian pada 3.45 petang itu, seramai 15 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tun Razak dan BBP Keramat telah dikerahkan ke tempat kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, kita mendapati terdapat insiden kebakaran 13 buah motosikal dan empat buah skuter elektrik.

“Sembilan motosikal dan empat skuter elektrik terbakar sepenuhnya manakala empat motosikal yang lain, terbakar antara tiga hingga 20 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, api dapat dikawal sepenuhnya pada 4.04 petang dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan selain tiada mangsa terlibat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan