KOTA KINABALU, 25 MEI: Kira-kira jam 12.40 tengah malam tadi, berlakunya sebuah kebakaran yang telah memusnahkan kira-kira 25 buah rumah atas air di sebuah perkampungan Tanjung Aru. Kebakaran tersebut berlaku berpunca dari sebuah rumah sebelum merebak ke rumah-rumah lain yang berhampiran rumah tersebut.
Kebakaran tersebut berjaya dikawal setelah 30 minit operasi memadam dilancarkan. Hal ini telah menyelamatkan kira-kira 986 buah rumah lain yang berhampiran namun memusnahkan sebanyak 25 buah rumah.
Kejadian tersebut dilaporkan kepada pihak bomba kira-kira pukul 1.01 pagi tadi menurut Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Jemros Olin. Sebanyak 32 pasukan anggota bomba bersama 5 jentera telah digegaskan ke lokasi kebakaran tersebut.
Anggota bomba telah mengalami beberapa kesukaran dalam menjalankan operasi ini kerana jalan yang menghubungkan kawasan perkampungan tersebut sempit dan jambatan kayu yang digunakan untuk sampai ke tempat kejadian kebanyakkannya telah musnah dijilat api. Selain itu, tekanan air yang rendah di kawasan kejadian agak rendah dan pihak bomba memerlukan bantuan jentera lori tangki untuk memadamkan api menurut Jemros lagi.
Antara pihak lain yang turut bekerjasama bagi operasi pemadaman tesebut juga adalah pihak polis dan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Kredit: Free Malaysia Today