Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang hadir pada majlis meraikan siapnya projek naik taraf Pantai Luak Esplanade. Foto: TVS

Kerja naik taraf Pantai Luak Esplanade Miri siap, jadi tarikan baharu

MIRI, 12 April: Pantai Luak Esplanade berpotensi sebagai tempat tarikan di Miri setelah siap dinaik taraf di bawah Program Pembangunan Fasa 2, Projek Rakyat.

Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, sebelum ini pantai berkenaan sudah menjadi tumpuan penduduk sekitar terutamanya pada hujung minggu.

Katanya, kerja naik taraf itu menelan kos sebanyak RM486 000 yang dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.

“Projek ini bermula pada 31 Oktober 2022 dengan kontrak selama tiga bulan tetapi berlaku sedikit kelewatan. Akhirnya ia siap pada 22 Februari 2023,” katanya selepas melawat pantai itu hari ini.

Pada masa yang sama, beliau juga menasihatkan orang ramai supaya memanfaatkan fasiliti yang baharu disediakan namun perlu mengekalkan kebersihan di pantai itu.

Antara kemudahan baharu termasuklah laluan pejalan kaki sepanjang 735 meter,12 unit bangku, enam unit gazebo, enam unit tempat barbeku, jalan berbatu refleksologi sepanjang 56 meter dan set kemudahan taman permainan kanak-kanak.

Beliau memberitahu, Majlis Bandaraya Miri (MBM) juga merancang untuk menambah ciri keselamatan menggunakan teknologi digital di bawah Program Bandar Pintar Miri namun tertakluk kepada dana yang disediakan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan