Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemilik kereta di Pelabuhan Merak, Banten, Indonesia menunggu untuk menaiki kapal ke Pulau Sumatera sempena Hari Raya Aidilfitri tahun lepas. Foto Reuters.

123 juta rakyat Indonesia dijangka balik kampung sempena Aidilfitri

ByTVS

JAKARTA, 12 April: Kerajaan Indonesia menganggarkan seramai 123 juta rakyatnya akan pulang ke kampung masing – masing sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Sehubungan itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo meminta semua agensi berkaitan di negara itu supaya bersedia.

Beliau turut berharap agar orang ramai yang ‘mudik’ ke kampung supaya mematuhi peraturan perjalanan.

“Saya minta rakyat supaya berhati-hati kerana pada tahun ini akan berlaku peningkatan besar mencecah 45 peratus mereka yang pulang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Pelabuhan Merak, Banten untuk meninjau persiapan pengangkutan dilakukan pihak berkuasa terlibat.

Sementara itu, Jokowi turut memberi jaminan beberapa masalah seperti kapasiti tempat duduk pengangkutan awam yang terhad serta kemudahan penginapan yang tidak mencukupi di wilayah tertentu tidak akan berlaku pada musim perayaan tahun ini.

“Kerajaan juga akan memastikan bahawa semua lebuh raya bertol, pelabuhan, lapangan terbang dan fasiliti sokongan telah siap dan dapat digunakan untuk mengurangkan kesesakan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan