Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Zambry (kanan) bersama Azalina dan Ahmad Fahmi dalam sidang media pelancaran laman khas 'melawan' tuntutan Sulu hari ini. Foto Bernama.

Malaysia lancar laman web khas, jawab tuntutan pihak mengaku Sulu

ByDiana Jayaseelan

KUCHING,  12 April: Kerajaan hari ini melancarkan laman sesawang bagi memaparkan semua maklumat berkaitan kes tuntutan pihak yang mengaku sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II terhadap Malaysia.

Laman berkenaan yang boleh dilayari menerusi pautan Malaysia-SuluCase.gov.my merupakan langkah kerajaan memnberikan naratif sejarah dan kronologi kes perundangan melibatkan pelbagai bidang kuasa yang sahih, jelas kenyataan media dikeluarkan di Putrajaya hari ini.

Kenyataan bersama itu mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang – undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Ahmad Fadzil.

“Terdapat pelbagai kemusykilan pada fakta kes yang dikemukakan oleh pihak yang mendakwa diri mereka sebagai waris Sultan Sulu.

“Sehingga kini, tiada bukti yang menunjukkan bahawa penuntut-penuntut ini merupakan waris kepada Sultan Sulu,” jelas kenyataan itu.

Tambah kenyataan bersama itu, ini berbeza dengan Kerajaan Malaysia seperti diakui Suruhanjaya Cobbold 1963 bahawa Sabah telah membuat pilihan untuk bersama dengan Semenanjung dan Sarawak bagi membentuk negara Malaysia.

“Memandangkan Malaysia kini sedang berdepan dengan prosiding di beberapa negara Eropah, adalah penting bagi memastikan penyebaran maklumat kes ini adalah tepat bagi menolak penyebaran berita palsu,” jelas kenyataan itu lagi.

Laman web berkenaan juga akan dikemas kini dengan perkembangan semasa kes dan boleh diakses dalam lima bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Tagalog.

“Ini bagi membolehkan pelbagai pihak termasuk media antarabangsa memahami kes ini berdasarkan fakta dikemukakan Kerajaan Malaysia,” jelas kenyataan itu perenggan berikutnya.

Pada masa sama ketiga – tiga menteri itu menegaskan kerajaan akan terus memelihara kepentingan dan kekebalan kedaulatan Malaysia pada setiap masa bagi menghentikan tuntutan ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan