TAWAU, 12 April: Jabatan Imigresen Sabah mengusir seramai 183 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia menerusi Program Pemindahan Tahanan PATI Siri 9.
Pengarahnya, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, program itu melibatkan pemindahan PATI di Depot Imigresen Tawau dengan kerjasama Konsulat Jeneral Republik Indonesia.
Katanya, mereka dihantar pulang ke Pulau Nunukan, Indonesia menerusi Pelabuhan Tawau di sini.

“PATI yang diusir terdiri daripada seramai 145 tahanan lelaki, 31 wanita dan enam kanak-kanak yang kesemua berumur antara setahun sehingga 57 tahun.
“Proses pemindahan dilakukan dengan kawalan ketat sehingga mereka masuk ke dalam kapal laut.
“Kesemua tahanan melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Sementara itu, beliau turut mengingatkan warga asing yang masuk ke Sabah untuk sebarang urusan supaya memiliki dokumen sah supaya tidak dikenakan tindakan. -TVSÂ