Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Penyampaian Cek Pampasan Projek Masterplan for Mini Isthmus Gedong, di sini hari ini. Foto UKAS.

Sarawak di landasan tepat muncul kuasa ekonomi Malaysia – Abang Johari

ByConnie Grace

GEDONG, 12 April: Sarawak kini berada di landasan tepat untuk muncul sebagai kuasa ekonomi utama di Malaysia, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, selain diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana usaha meneroka sektor ekonomi baharu yang memberi fokus kepada isu perubahan iklim, agensi – agensi Kerajaan Persekutuan juga berminat untuk mengetahui polisi dilaksanakan Sarawak bagi memacu pertumbuhan ekonominya.

“Kita boleh melihat pelbagai lawatan termasuk oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang ingin melihat perkembangan ekonomi Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Penyampaian Cek Pampasan Projek Masterplan for Mini Isthmus Gedong, di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Ulititi dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, beliau yakin Sarawak berupaya mencapai hasrat berkenaan dan seterusnya akan memanfaatkan rakyat.

Sementara itu, beliau memberitahu, kerajaan negeri yang dipimpin oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus melaksanakan pembangunan untuk rakyat negeri ini.

“Saya juga menyeru agar rakyat supaya terus bersatu padu untuk perpaduan Sarawak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan