Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi maklumkan dua seksyen di Lebuhraya Pan Borneo Sarawak akan direka bentuk semula. Foto: TVS

Pan Borneo Sarawak siap 94 peratus

ByAmirah Shawel

KUCHING, 12 April: Perlaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) fasa satu di Sarawak kini sudah 94 peratus siap namun akan melalui proses tambah baik.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan LPB, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Awang Mohamad Fadillah Awang Redzuan berkata, pelaksanaannya akan diteruskan termasuk dengan membuka beberapa persimpangan baharu.

Ketua Penolong Pengarah Cawagan Lebuhraya Pan Borneo (CLPB), Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Awang Mohamad Fadillah Awang Redzuan pada program Sejahtera Asia terbitan TVS, hari ini. Foto: TVS

Kata beliau, projek berkenaan menghampiri kemajuan 100 peratus dengan jangkaan kebanyakan seksyen akan siap sepenuhnya penghujung tahun ini.

“Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama dengan JKR Sarawak sentiasa akan terus membuat penambahbaikan kerana kita menerima banyak permohonan penduduk tempatan dan wakil rakyat untuk membuka persimpangan jalan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Sejahtera Asia terbitan TVS, hari ini.

Berhubung permintaan pembukaan beberapa seksyen baharu itu, Awang Mohamad Fadillah berkata, perkara itu memerlukan kajian sebelum sebarang keputusan dibuat.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan, JKR Sarawak juga akan menaik taraf laluan sedia ada menjadi jalan berkembar dua hala di bawah projek Red Line.

“Kita mahu jalan berkembar ini menyamai reka bentuk standard LPB Sarawak ,” katanya.

Fasa satu LPB Sarawak mencecah kos RM16.117 bilion sepanjang 786 kilometer bermula di Telok Melano ke Miri yang menghubungkan kawasan luar bandar di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan