Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Churros merupakan antara makanan popular di Sepanyol namun kini turut dijual secara meluas di Malaysia.Foto: Eshump Taleiy (FB)

Churros, ‘kuih Sepanyol’ laris di Bazar Ramadan Stutong

ByRegina Lee

KUCHING, 12 April: Churros merupakan antara makanan ringan yang popular di Sepanyol namun popularitinya kini turut merebak di Malaysia.

Menyerupai kuih cakoi namun ia sebenarnya terhasil apabila pastri digoreng dan memberi rasa rangup apabila dinikmati.

Di Bazar Ramadan Stutong, snek berkenaan turut dijual oleh seorang peniaga, Eshump Taleiy.

Jelas Eshump, dia tidak menyangka produk itu menjadi antara tarikan utama di situ.

“Ini kali pertama saya berniaga di sini dan sambutannya amat menggalakkan,” katanya kepada TVS.

Eshump berkata, sepanjang berniaga pada Ramadan kali ini, hampir setiap hari churros habis dijual.

“Cuma pada hari tertentu seperti cuaca hujan, jualan sedikit terkesan,” katanya.

Ditanya tentang keistimewaan churrosnya, Eshump memberitahu, dia turut ‘menyalut’ snek itu dengan serbuk kayu manis atau gula halus.

“Ia juga sesuai dicicah dengan pelbagai variasi sos seperti coklat, karamel, strawberi dan sebagainya,” katanya.

Keenakkan snek dijual oleh Eshump juga menyebabkan dia berjaya mendapat pelanggan setia.

Mohd. Uzairi Ahmad Hajazi berkata, dia sering membeli churros di situ yang menjadi makanan kegemaran anaknya ketika berbuka puasa.

Dia yang juga seorang pensyarah di sebuah universiti awam berkata, churros dijual oleh Eshump berkualiti selain harganya berpatutan.

“Saya turut menikmati churros ini tetapi selalunya untuk anak kerana dia sangat sukakan snek ini,” ujarnya.

Sementara itu, Eshump memberitahu, sekotak churros perisa asli mengandungi lima biji churros yang dijual pada harga RM5 dan pelanggan turut diberi sos coklat sebagai pencicah. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found