Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Canselor UNIMAS, Professor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi menyampaikan biasiswa Endowmen sebanyak RM36,470 kepada Nur Syuhada Roslan pada Program Kasih Insani Edisi ke-4 semalam.

Agihan RM784,760 untuk 646 pelajar UNIMAS bayar yuran, elaun sara hidup

KOTA SAMARAHAN, 12 April: Seramai 646 pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) memanfaatkan bantuan berjumlah RM784,760 yang diagih untuk membantu yuran serta elaun sara hidup sepanjang pengajian mereka di sini.

Naib Canselor UNIMAS, Professor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata bantuan disalurkan menerusi Program Kasih Insani Edisi ke-4 yang bertujuan untuk meraikan golongan asnaf dan mereka yang memerlukan sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini. 

“Program ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan daripada rakan kerjasama kita iaitu TH, Bank Rakyat dan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

 

Naib Canselor UNIMAS, Professor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi pada sesi bergambar bersama pelajar penerima Biasiswa Endowmen pada Program Kasih Insani Edisi ke-4 semalam. Foto: TVS

“Tiga agensi luar ini bekerjasama dengan UNIMAS untuk membantu meringankan beban pelajar-pelajar kita yang terpilih. Pihak TH juga telah menyediakan RM2,000 bagi 133 pelajar sebagai elaun sara hidup mereka dan bantuan yuran bagi menampung pembayaran yuran pengajian mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan biasiswa pelajar di Arena Gemilang Dewan Tunku Abdul Rahman PUTRA (DeTAR PUTRA) UNIMAS pada Selasa.

Dalam pada itu, katanya UNIMAS turut memperuntukkan tabung Endowmen dan Wakaf UNIMAS yang menjadi wadah universiti menerima sumbangan daripada dalam dan luar kampus.

Sementara itu, pelajar Fakulti Sains Sosial, Norvila Dreman, berkata, penganjuran Program Kasih Insani ini sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan hariannya dan sekali gus dapat menampung perbelanjaan bagi projek tahun akhirnya.

” Sumbangan ini juga dapat menampung kos perbelanjaan saya untuk membeli makanan yang tinggi sebab saya tinggal di kolej. Jadi sumbangan ini sangat membantu kehidupan saya di sini. Saya berharap program seperti ini dilakukan lagi untuk masa akan datang agar dapat membantu pelajar yang memerlukan,” katanya.

Turut hadir Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Sarawak, Amat Kassim Pait, Pengurus Bank Rakyat Kota Samarahan, Halmi Mosli serta Pengarah Bahagian Endowmen dan Wakaf UNIMAS, Dayang Nor Hajijah Awang Daud.

Naib Canselor UNIMAS, Professor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi bergambar bersama yang lain selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar di Arena Gemilang DeTAR PUTRA UNIMAS semalam. Foto: TVS

Program Kasih Insani Edisi ke-4 ini telah menyaksikan serahan bantuan biasiswa dan sara diri, agihan hamper makanan dan rezeki ‘sungkey’ kepada 646 orang pelajar UNIMAS.

Majlis turut menyaksikan agihan sumbangan daripada Lembaga Tabung Haji melalui Program Iqra’ Tabung Haji dengan nilai RM2,000 kepada 133 pelajar terpilih bagi tujuan sara hidup dan juga bantuan yuran pengajian dengan jumlah agihan sebanyak RM266,000 daripada jumlah keseluruhan RM600,000 yang telah disumbangkan sebelum ini.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan