Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penganut pelbagai agama hadir pada program berbuka puasa anjuran Majlis Islam Sarawak (MIS) di sini hari ini. Foto TVS.

Program berbuka puasa anjuran Majlis Islam Sarawak satukan pelbagai agama

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 11 April: Sebanyak sembilan organisasi pelbagai agama hadiri pada majlis berbuka puasa anjuran Majlis Islam Sarawak (MIS) di Pusat Informasi Islam hari ini.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha berkata, program itu telah membuktikan perpaduan serta keharmonian yang diamalkan di sini sekali gus menonjolkan keunikan Sarawak.

Katanya, beliau berasa gembira kerana majlis turut dihadiri oleh wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Organisasi Pelbagai Agama (FBO) dan pelajar dari Universiti Swinburne.

“Pada masa hadapan, saya juga berharap agar kita boleh terus bekerjasama dengan erat.

“Sekiranya wujud perbezaan pendapat, kita perlu bersama – sama mengatasinya kerana ia akan membuatkan kita (rakyat Sarawak) terus bersatu padu,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Antara organisasi yang hadir termasuklah Sarawak Sikh Temple, The Association of Buddhism Amitabha Ming De Kuching, Malaysia Hindu Sangam cawangan Sarawak, Archbishop Curia and Cathedral Pastoral Centre, Kuching Tao Cultural Association, Diocese of Kuching, Spiritual Assembly of the Baha’i of Sarawak, Malaysian Buddhist Association dan Kuching Buddhist Society.

Sementara itu, Misnu memberitahu, MIS juga memberi kebenaran kepada penganut agama lain untuk menggunakan kemudahan seperti auditorium di Pusat Penerangan Islam miliknya untuk melaksanakan program masing – masing. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan