Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Abdul Taib menerima kunjungan hormat Timbalan Pengerusi PERKIM Sarawak. Foto: JaPEN.

Tun Taib terima kunjungan hormat PERKIM

ByDouglas Elliot

KUCHING, 11 April: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud hari ini menerima kunjungan hormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Sarawak di kediamannya di Demak Jaya di sini.

Delegasi itu diketuai oleh Timbalan Pengerusi PERKIM I, Datuk Seri Rohani Abdul Karim serta Timbalan Pengerusi PERKIM II, Datin Noraini Hussin.

Kunjungan itu bagi menjemput Tun Abdul Taib untuk hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-35 PERKIM Sarawak yang akan diadakan pada 29 April ini di Sibu.

“Tujuan kunjungan juga bagi menjemput Tun Abdul Taib hadir ke Majlis Makan Malam serta Majlis Pelancaran Buku PERKIM Bahagian Sarawak (1989-2022) dan hala tuju strategi PERKIM (2023-2027) pada sebelah malamnya,” kata Noraini kepada pemberita.

Acara berkenaan dijangka akan dihadiri seramai 200 ahli mereka dari 21 cawangan di seluruh Sarawak.

Sementara itu, Noraini memberitahu, PERKIM Sarawak  yang keahliannya khusus untuk wanita kini mempunyai lebih 5,000 ahli. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan