Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PGABS bercadang untuk menubuhkan sebuah akademi golf untuk melatih golongan remaja dalam sukan itu. Foto Evanto.

PKGABS cadang tubuh akademi golf junior di Sarawak

ByNazirah Adlina

KUCHING, 11 April: Persatuan Golf Amateur Bumiputera Sarawak (PGABS) bercadang untuk menubuhkan sebuah akademi golf bagi melatih golongan remaja di negeri ini dalam sukan itu.

Presidennya, Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie berkata, pihaknya berharap dapat bekerjasama dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

Katanya, menerusi pertemuan dengan Abang Johari hari ini, perkara itu turut dimaklumkan.

“Abang Johari menyatakan sokongan beliau dan kami akan berhubung dengan Pejabat Premier Sarawak dan agensi berkaitan,” katanya.

Pengerusi GJPBS, Ir. Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie. Foto: Nazirah Adlina (TVS).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat kunjungan hormat bertemu Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Presiden PGABS, Zuraimy Kushaili dan kepimpinan persatuan berkenaan.

Sementara itu, Irwan Zulkarnain memberitahu, PGASBS sebelum ini telah melaksanakan beberapa program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu golongan memerlukan.

“Antaranya termasuk mengagihkan dana berjumlah RM30 000 di kawasan perkampungan serta menghantar bakul makanan kepada golongan asnaf ketika pandemik COVID-19,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan