SAJIAN apa yang dihidang dalam Aroma Sungkei kali ini? Ikuti rancangan Sungkei Episod 18 yang telah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Ahad (9 April).
Kari Ayam Nyonya
Bahan-bahan:
500g ayam
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu kecil minyak jagung
Garam
1 cawan santan
2 sudu asam jawa
2 sudu gula apong
1 bawang besar
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 cm halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
6 biji buah keras
2 helai daun limau purut
3 batang serai
4 sudu Cili kisar
4 sudu besar minyak sayuran
Cara memasak:
- 1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, buah keras, serai dan daun limau purut
- 2. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam
- 3. Tumis bahan kisar termasuk cili kisar
- 4. Masak sehingga pecah minyak
- 5. Masukkan ayam dan air asam jawa
- 6. Tunggu selamat 2 minit
- 7. Masukkan garam, gula apong dan santan
- 8. Masak selama 7 minit
- 9. Sedia dihidang
Susu Kurma Cincau
Bahan-bahan:
1 kotak Susu segar
11 biji kurma
100g Cincau
Cara penyediaan:
- 1. Kisar kurma dan susu segar
- 2. Masukkan bahan kisar ke dalam gelas
- 3. Masukkan cincau dan ais batu
- 4. Sedia dihidang
Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV.
Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di Facebook, Instagram dan TikTok. – TVS