Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah MAMPU, Datuk Seri Dr. Yusof Ismail memberi ucapan pada Program Semarak Inovasi Pelancaran Buku Antologi Esei dan Taklimat AIPSA 2023 di Bangunan Sultan Iskandar bersama agensi dan jabatan persekutuan Sarawak. Foto: Lorenzo Isaac (TVS)

Sistem ‘Star Rating’, tingkat kualiti sektor awam

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 11 April: Sistem ‘Star Rating’ antara penyampaian pendigitalan perkhidmatan kerajaan demi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor awam, kata Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) , Datuk Seri Dr. Yusof Ismail.

Menurutnya sistem ‘Star Rating’ ini bertujuan untuk memberi ganjaran kepada agensi-agensi yang berprestasi cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan awam, sementara pada masa yang sama memberi tumpuan kepada agensi-agensi yang memerlukan peningkatan dalam prestasi mereka.

“Melalui pendigitalan dan penggunaan teknologi dalam penyampaian perkhidmatan awam, agensi-agensi sektor awam dapat meningkatkan kualiti dan efisiensi dalam menjalankan tugas mereka.”

“Ini dapat membantu mempercepat proses dan mengurangkan beban kerja pegawai awam, sementara memastikan rakyat menerima perkhidmatan yang lebih baik dan berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam ucapan Program Semarak Inovasi Pelancaran Buku Antologi Esei dan Taklimat AIPSA 2023 bersama-sama agensi dan jabatan persekutuan Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar di sini, hari ini.

Selain sistem berkenaan, Dr. Yusof memberitahu antara contoh lain yang digunakan untuk menyampaikan pendigitalan dalam penyampaian perkhidmatan awam adalah perkhidmatan End-To-End (E2E) dan pembayaran tanpa tunai.

Dedah beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melawatnya baru-baru ini dan di dalam pertemuan tersebut, Anwar Ibrahim telah menekankan pentingnya inovasi dalam kalangan penjawat awam untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik dan efisien kepada rakyat.

“Pendigitalan dalam penyampaian perkhidmatan awam turut selaras dengan tonggak MADANI Malaysia, terutamanya Daya Cipta yang membawa maksud pembaharuan, reka cipta, dan reka baharu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan MAMPU mengiktiraf usaha dan sumbangan agensi-agensi sektor awam dalam penyampaian perkhidmatan awam melalui Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA).

Anugerah tersebut dijenamakan semula daripada Program Anugerah Inovasi dan bertujuan untuk mengiktiraf dan meraikan agensi-agensi yang telah memberi sumbangan signifikan serta nilai tambah kepada penyampaian perkhidmatan kerajaan demi kesejahteraan rakyat.

Pada pelaksanaan program AIPSA yang diadakan baru-baru ini, katanya ia telah ditekankan pentingnya inovasi dalam kalangan penjawat awam di peringkat persekutuan, kerajaan atau pihak berkuasa tempatan dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan sektor awam.

Pada majlis tersebut, turut dilancarkan adalah Buku Antologi Esei yang diterbitkan oleh MAMPU Sarawak dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak.

Buku ini merupakan himpunan esei yang ditulis oleh penjawat awam yang telah menyertai pertandingan menulis esei sempena sambutan bulan inovasi pada tahun 2021 dan telah diterbitkan pada 2022.

Seramai 10 orang telah terpilih sebagai pemenang dan mereka membawa pulang hadiah dan sijil pada majlis berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan