Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dua Hari Pertama SJR PKPB, Polis Guna Budi Bicara

KUCHING (25 Mei): Selaras dengan garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa mulai 25 Mei 2021, rakyat Sarawak yang hendak melakukan rentasan zon, khususnya dari Kuching ke zon-zon berhampiran perlu mendapatkan permit daripada pihak polis.

Walaubagaimanapun, permit tersebut hanya boleh diberikan kepada tiga kategori iaitu mereka yang bekerja di bawah sektor perkhidmatan perlu, mereka yang bekerja di zon berhampiran dan kes-kes kecemasan seperti kematian.

Memahami situasi di mana arahan ini dikeluarkan agak lewat, pihak polis akan menggunakan budi bicara kepada penduduk setempat yang tiada permit merentas zon bagi dua hari pertama setelah SJR didirikan.

da penduduk setempat yang tiada permit merentas zon bagi dua hari pertama setelah SJR didirikan.

“Kita faham arahan dikeluarkan agak lewat (24 Mei) jadi mesej perlu mengambil sedikit masa untuk disampaikan kepada orang awam. Jadi pihak polis akan menggunakan budi bicara bagi tempoh dua hari pertama sekatan jalan raya diadakan. Tetapi tiada lagi alasan pada hari ketiga,” tegas Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Lim Jaw Shyong ketika ditemui kru TVS dalam sekatan jalan raya di Batu 14, Jalan Kuching-Serian, tengah malam tadi.

Lim turut menegaskan pihak polis tidak akan lagi bertolak ansur sekiranya penduduk setempat masih tidak ada permit merentas zon pada hari ketiga SJR.

“Pihak kami akan terus mengeluarkan kompaun atas kesalahan ini. Saya nasihatkan orang ramai untuk pergi ke balai polis berdekatan dan buat permohonan permit merentas zon ini sementara masih ada masa,” tambahnya.

Satu lagi lokasi SJR di bawah IPD Padawan adalah di Jalan Batu Kitang yang memisahkan zon Kuching dan zon Bau.

Pihak polis dibantu oleh pasukan RELA dalam menjalankan SJR pada kali ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan