Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gabungan Ketua Masyarakat Islam Sarawak ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini hari ini. Foto: Salasiah Safian (TVS)

Gabungan Ketua Masyarakat Islam Sarawak mohon kenaikan elaun

BySalasiah Safian

KUCHING, 10 April: Gabungan Ketua Masyarakat Islam Sarawak memohon pertimbangan Kerajaan Sarawak supaya kadar elaun ketua kaum dikaji semula.

Pengerusinya, Roshidi Junai berkata, elaun yang diterima oleh ketua kaum dan ketua kampung ketika ini ialah sebanyak RM900 sebulan dan terendah berbanding pemimpin masyarakat yang lain.

“Temenggung, Pemanca dan Penghulu, mereka menerima elaun bermula pada kadar RM1,400 hingga RM1,600 sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Roshidi berkata, tiada jumlah spesifik dicadangkan kepada Abang Johari kerana perkara itu tertakluk kepada budi bicara kerajaan negeri.

Katanya, sekiranya dilaksanakan, ia bukan memberi manfaat kepada pemimpin Islam sahaja kerana permintaan mereka turut mewakili ketua kaum yang lain.

https://youtu.be/tdZNRCLW7xo

“Kami berharap agar Kerajaan Sarawak memberi respon secepat mungkin dan berdasarkan pertemuan tadi, Premier Sarawak memberi respon yang baik,” katanya.

Beliau memberitahu Abang Johari memberi jaminan akan membawa perkara itu ke peringkat perbincangan seterusnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan