Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick. Foto: KUSKOP

Kerajaan sasar pendapatan koperasi RM60 bilion menjelang 2025

KOTA KINABALU, 10 April: Kerajaan menyasarkan pendapatan koperasi sebanyak RM60 bilion menjelang 2025 di bawah Dasar Keusahawanan Nasional 2025, kata Datuk Ewon Benedick.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, pendapatan koperasi seterusnya disasar mencapai RM100 bilion menjelang 2030 menerusi 19 strategi dan 62 inisiatif.

“Pelbagai peranan telah digariskan menerusi teras strategik untuk merangsang pembangunan keusahawanan bersepadu dan holistik yang memberi fokus koperasi sebagai pemacu kepada pembangunan sosioekonomi yang inklusif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pemantapan Rangkaian Perniagaan Sektor Pemborongan dan Peruncitan Koperasi Negeri Sabah, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya bilangan koperasi di Malaysia kian meningkat dengan sebanyak 15,315 dengan menjana pendapatan mencecah RM38.5 bilion.

Katanya, RM16.99 bilion modal syer serta yuran anggota koperasi dicatatkan dengan jumlah aset terkumpul sebanyak RM159.9 bilion.

Jelas beliau di Sabah sebanyak 1,706 koperasi berdaftar dengan kekuatan anggota serama 343,230 dilihat sebagai kesan positif daripada pencapaian itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan