Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Adakan majlis perkahwinan di udara elak sekatan Covid-19

ByTVS
kredit Twitter DonthuRamesh

Gara- gara ingin mengelak sekatan Covid-19, pasangan pengantin dari India ini bertekad untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka ketika berada di udara.

Pasangan ini telah menempah khas sebuah pesawat bagi mengadakan majlis perkahwinan mereka bersama 160 tetamu jemputan.

Pesawat tersebut dikatakan telah berlepas dari Tamil Nadu.

Video perkahwinan mereka itu telah tular dan dikongsi melalui laman Twitter @DonthuRamesh

Ketika membuat tempahan pasangan ini telah pun dimaklumkan mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan.

Pesawat Boeing 737 itu ditempah untuk perjalanan dari Madurai ke Bangalore bagi membawa pasangan pengantin itu pergi berbulan madu.

Majlis perkahwinan mereka itu kini dalam siasatan pihak berkuasa.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan