Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Daro, Safiee Ahmad menyampaikan sumbangan kepada asnaf sambil diperhatikan tetamu lain, kelihatan sama, Ketua Bahagian Pembangunan FAMA Sarawak, Abdul Aziz Abdullah dan Pengurus Cawangan Bank Rakyat Mukah, Julaihi Majani. Foto: UKAS

Pasar Tani kekal untuk Daro

DARO, 10 April: Keprihatinan Kerajaan Sarawak terserlah apabila meluluskan peruntukan RM15 juta bagi pembinaan Pasar Tani Kekal (PTK) untuk manfaat peniaga kecil di daerah Daro.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, kelulusan peruntukan itu diumumkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam sesi lawatan beliau ke Daro baru-baru ini

Menurutnya, Notis Pindaan Projek (NOC) sudah dikeluarkan dan pihaknya sedang menunggu kelulusan tapak selain pelantikan konsultan.

“Tapak cadangan bagi projek ini terletak bersebelahan pasar baharu Daro, di atas kawasan seluas lima ekar. Saya berharap projek ini dapat dilaksanakan dengan sempurna,” katanya pada Program Jualan Khas Syawal Madani dan Jelajah Ramadan di sini, semalam.

Beliau berkata, inisiatif mewujudkan pasar tani itu membuktikan komitmen tinggi kerajaan dalam usaha memperkasa usahawan dan peniaga mikro sekali gus memberi mereka peluang untuk menjana pendapatan.

Sehubungan itu, sokongan akan terus diberikan bagi memberi peluang kepada usahawan kecil untuk mengetengahkan hasil pertanian dan produk masing-masing kepada pelanggan.

“Pasar tani bukan sekadar platform untuk merancakkan ekonomi penjaja mikro tetapi juga berupaya menjadi salah satu lagi tarikan pengunjung,” ujarnya.

Program dianjurkan Persatuan Pasar Tani Daro di bawah seliaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan kerjasama Bank Rakyat Cawangan Mukah.

Aktiviti bermatlamat memudahkan penduduk mendapatkan bekalan bahan mentah seperti ikan, sayur dan lain-lain lagi selain mengimarahkan lagi sambutan Ramadan.

Pada majlis yang sama, Safiee turut menyempurnakan agihan bubur pedas dan penyerahan sumbangan bakul makanan oleh Bank Rakyat dan FAMA Mukah kepada seramai 32 orang asnaf yang terpilih sebelum berbuka puasa dan solat tarawih di Masjid Al Muhsiniin Daro.

Hadir sama, Ketua Bahagian Pembangunan FAMA Sarawak, Abdul Aziz Abdullah dan Pengurus Cawangan Bank Rakyat Mukah, Julaihi Majani. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan