Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang budak perempuan berusia tujuh tahun ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pisang, Air Itam, malam tadi. Foto: JBPM

Budak perempuan 7 tahun rentung dalam kebakaran rumah

ByTVS

GEORGE TOWN, 10 April: Seorang budak perempuan berusia tujuh tahun rentung selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pisang, Air Itam di sini, malam tadi.

Mayat mangsa, G. Sri Laavanya ditemukan dalam keadaan terbaring mengiring di tepi katil oleh pasukan bomba selepas api berjaya dipadamkan pada pukul 1.12 pagi.

Seorang budak perempuan berusia 7 tahun ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pisang, Air Itam, malam tadi. Foto: JBPM

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Zulfahmi Sutaji, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.19 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong dan Jalan Perak dikejarkan ke lokasi kejadian.

Ujarnya, kebakaran itu membabitkan dua buah rumah yang dibina daripada kayu dan zink.

“Api berjaya dikawal pada pukul 12.45 tengah malam sebelum mangsa seorang kanak-kanak perempuan ditemukan kira-kira lapan meter dari pintu masuk rumah.

“Keadaan rumah itu musnah sepenuhnya sehingga kita belum dapat spesifikasikan sama ada mayat dijumpai di ruang tamu atau bilik, namun dipercayai bilik tidur memandangkan terdapat katil,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa panik dalam keadaan asap tebal dan cuba menyelamatkan diri namun gagal keluar.

“Kejadian itu turut mengakibatkan seorang wanita berusia 50 tahun yang juga ahli keluarga mangsa cedera pada tangan.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini termasuk punca kejadian akan dilakukan oleh forensik bomba,” katanya.

Zulfahmi berkata, mangsa yang tercedera telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut, manakala mayat kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak polis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan