Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Foto: TVS

UMNO Sabah dalam proses revolusi, kata Bung Moktar

ByTVS

KOTA KINABALU, 9 April: UMNO Sabah ketika ini sedang melakukan pembaharuan melibatkan beberapa struktur bagi memastikan kekal relevan dan seterusnya berupaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, bagi merealisasikan perubahan itu, dua jabatan akan ditransformasikan secara besar-besaran iaitu Jabatan Pilihan Raya dan Jabatan Penerangan dan Media Sosial.

Katanya perubahan terhadap dua jabatan itu sangat diperlukan bagi memastikan tidak ketinggalan zaman.

“Ini dilakukan kepada beberapa sektor, biro dan jabatan baharu agar selari dengan perjuangan UMNO,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berkata, kepimpinan UMNO negeri merupakan gabungan yang akan menjadi pemangkin kepada perubahan parti.

“Ini dapat dilakukan menerusi pengalaman dan kepakaran yang dimiliki pemimpinnya.

“Saya cukup yakin barisan kepimpinan pada tahun ini sehingga dan 2026 ini merupakan barisan yang cukup mantap.

“Kita menang bersama, ambil yang jernih, buang yang keruh supaya PRN akan datang kita jadi pemerintah di Sabah,” katanya lagi.

Sementara itu ditanya mengenai kerjasama dengan mana-mana parti pada PRN akan datang, beliau berkata mereka  hanya akan bekerjasama dengan parti yang berupaya memenangi PRN akan datang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan