Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Andrey Arief Juara Tiga Kali Berturut TVSTARZ
Andrey Arief Juara Tiga Kali Berturut TVSTARZ

YouTuber Indonesia Andrey Arifianto Menang Tiga Kali Berturut-turut Dalam Konsert Mingguan TVSTARZ

ByNurul Amarlina

Sejak penampilan pertama beliau sebagai seorang challenger di TVSTARZ, Andrey Arief dari Yogyakarta, Indonesia, bertubi-tubi memberi persembahan mantap setiap minggu dan menjuarai konsert mingguan TVSTARZ sebanyak tiga kali berturut-turut.

Andrey mendapat tangga teratas pada konsert minggu ke-7 iaitu minggu Michael Jackson.

Guru vokal TVSTARZ dan bekas Miss World Malaysia 2014 Dewi Liana Seriestha telah memilih lagu ‘Black or White’ untuk beliau.

Persembahan ‘Black or White’ oleh Andrey untuk minggu Michael Jackson di konsert TVSTARZ

Dengan penampilan ringkas dengan jaket dan cermin mata hitam, Andrey membawa lagu Michael Jackson dengan cara tersendirinya.

Juri dan guru vokal Yudhi Seriestha suka akan persembahannya.

Juri dan penyanyi Ernie Zakri amat gemar dengan persembahannya dan berkata membuat sesuatu dalam talian tidak mengehadkan hiburan sekiranya seseorang itu ikhlas dalam apa yang dilakukannya.

“Minggu ini kamu memang seorang bintang,” kata juri Amir Jahari yang sebelum ini pernah memberi komen persembahan Andrey “Di Persimpangan Dilema” sebelum ini ‘tenang tapi bosan’.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Indonesian YouTuber Andrey Arief Spreads Wings In Malaysian Online Singing Reality Show

Persembahan “Di Persimpangan Dilema” oleh Andrey sebelum ini tidak berjaya memaut hati juri Amir Jahari

Bagi konsert minggu ke-8 iaitu pilihan peserta, Andrey tampil dengan lagu oleh penyanyi kegemarannya, Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu “Purnama Merindu”.

Pilihan strategik ini memberi hasil kerana Andrey sekali lagi mendapat tempat teratas di dalam konsert mingguan TVSTARZ dengan 244 markah, mengalahkan Jalee di tempat kedua dengan 240 markah yang membawa lagu “If I Ain’t Got You” oleh Alicia Keys dan Jazper di tempat ketiga dengan lagu “Hanya Merindu” oleh Andmesh dengan 237 markah.

Minggu tersebut juga menyaksikan penyingkiran peserta harapan Valerie Thiam yang menyanyikan lagu Avril Lavigne “Head Above Water”.

Andrey sekali lagi menjuarai konsert mingguan TVSTARZ dengan “Purnama Merindu” lagu Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Andrey membuat ‘hat trick’ dengan memenangi konsert mingguan kali ketiga berturut-turut di konsert minggu ke-9 di mana beliau memilih lagu trending Duncan Laurence bertajuk “Arcade”.

Beliau mendahului peserta yang lain dengan 245 markah, diikuti oleh Jazper (241 markah) dengan persembahan “Leave the Door Open” oleh Bruno Mars dan juga Jalee (224 markah) yang menyanyikan lagu juri Ernie Zakri, “Boneka”.

Pada minggu tersebut peserta dari Brunei iaitu Aahil Alex terkeluar.

Andrey menjuarai konsert mingguan TVSTARZ buat kali ketiga dengan persembahan “Arcade”

Debaran semakin terasa. Semakin hari, semakin hampir mereka melangkah ke peringkat akhir.

Siapakah bakal menjadi juara mingguan konsert TVSTARZ kali ini?

Saksikan persembahan Andrey and peserta Dream Team lain di Konsert TVSTARZ setiap Selasa, 9.00 malam di TVS, saluran 122 Astro and MyTV.

Ikuti TVS di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan