Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Burger Kampung Beri Hidup Selesa Buat Pasangan

DI JALAN Abang Amin,Bintagor, sepasang suami isteri kelihatan tekun menyiapkan beratus-ratus biji burger di luar rumah mereka.

Yang menariknya, pasangan suami isteri itu menyiapkan permintaan untuk memenuhi permintaan atas talian. Pelanggan mereka akan membuat pesanan melalui laman sosial dan aplikasi Whatsapp.

Menurut pemilik gerai Burger Kampung, Fadillah Sahari, 47, selain mecipta menu sendiri, dia mempelbagaikan produk sedia ada mengikut citarasa pelanggan.

Harga burger pula serendah RM2 sebiji burger tapi mampu mencapai hingga RM24 untuk burger istimewa bersaiz “jumbo”.

Isterinya, Dzaharah Ahmad Zaini, 44, yang bekerja sebagai seorang jururawat sanggup bekerja lebih masa membantu suaminya di gerai untuk menjana pendapatan mereka sekeluarga.

“Kami pilih untuk jual burger sebab mudah, cepat dan senang.

“Ramai yang mencari makanan yang murah, cepat disiapkan dan murah.

“Ada yang order online dan datang 30 minit kemudian untuk ambil pesanan,” kata Dzaharah.

Dzaharah menjual burger di hadapan rumah

Dzaharah berkata, dia dan suaminya sepakat untuk memilih nama Burger Kampung kerana peniagaan itu dijalankan di luar kediaman mereka di kampung tersebut.

Seperti juga usahawan kecil yang lain, Dzaharah mengakui mereka juga berdepan dengan pelbagai cabaran pada peringkat awal mengusahakan perusahaan berkenaan termasuk kurang sambutan pelanggan dan pernah mendapat untung hanya RM20 sehari.

Fadillah menyiapkan permintaan pelanggan

Namun sikap tidak berputus asa pasangan suami isteri itu kini membawa hasil apabila nama Burger Kampung makin dikenali dan keuntungan hasil jualan mampu memberi kehidupan selesa untuk menyara anak-anak.

Menurut Dzaharah, burger mereka terkenal dengan “cheese loaded patties” dan juga oblong burger. Jualan hanya bermula dari jam 4 petang hingga lapan malam.

Burger Kampung Special

 “Kami mempelbagaikan burger kampung kami, bahan-bahan ada yang dibeli dari Miri dan ada yang dari Kuching. Daging homemade ditempah khas dari Kilang Hassan Homemade Patty di Miri.

Berkat kegigihan dan kesabaran,  Dzaharah dan suaminya kini boleh berbangga apabila Burger Kampung semakin dikenali ramai bukan hanya di sekitar Bintangor tetapi juga luar daerah itu.

Gerai Burger Kampung Bintangor

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan