Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman menyerahkan sumbangan kepada golongan asnaf. Foto: Pusat Khidmat Bukit Kota

Penduduk Kampung Malagangai dapat surau baharu

LIMBANG, 9 April: Pembinaan surau baharu Kampung Malagangai tepat pada masanya berikutan pertambahan jemaah saban tahun selain menyediakan kemudahan kepada jemaah untuk solat dalam keadaan lebih selesa.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata, menyedari keadaan surau yang agak lama dan uzur, kerajaan menyediakan peruntukan untuk membina lebih banyak kemudahan surau dan masjid di daerah tersebut.

Sehubungan itu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu, pembinaan surau baharu itu diperlukan oleh ahli kariah dan tepat pada masanya apabila melihat perkembangan pembangunan dan pertambahan penduduk di sini.

“Terdapat peruntukan sebanyak RM750,000 dan sekitar RM400,000 diperlukan bagi projek pembinaan surau baharu bagi Kampung Malagangai yang dijangka dapat dimulakan dalam masa terdekat,” katanya pada Program Badudun Ramadan Bersama Pemimpin di Surau Darul Makmur, Kampung Malagangai malam tadi.

Program itu anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Kota diadakan dalam menyemarakkan lagi sambutan bulan Ramadan ini.

Program diisi dengan solat isya dan tarawih, tazkirah dan penyampaian sumbangan kepada 10 golongan asnaf yang terpilih. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan