KUCHING, 8 April: Lebih 50 pelajar tahfiz menyertai program Quran Hour di Raia Hotel & Convention Centre, di sini, pada Sabtu.
Program berkenaan menghidangkan pelajar dari pusat tahfiz Al Makki dan Raudatul Jannah mengalunkan bacaan Al-Quran daripada Juzuk 29 hingga 30 dan bacaan doa khatam Al-Quran.
Usai program itu, peserta serta ahli keluarga masing-masing berbuka puasa bersama 200 tetamu jemputan lain termasuk kakitangan CATS FM.
Program tersebut yang bermula pada jam 4 petang disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kristal Harta Sdn. Bhd. (CATS FM), Mohd Iskandar Mohd Nawawi yang turut menyaksikan penglibatan penyampai radio dan kakitangan CATS FM turut serta.
Majlis berkenaan turut menyaksikan penyampaian sumbangan dan pemberian duit raya dari pihak CATS FM kepada 30 orang anak yatim dari kompleks Kebajikan Laila Taib (PERYATIM).
Para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada artis jemputan Haziq Rosebi dan tayangan Iklan Raya ‘Mak Kamek Balit’. – TVS