Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bandar Sibu dikenal pasti sebagai antara bandar yang menawarkan tempat penginapan termurah di Asia. Foto: TVS

Penginapan di Sibu antara termurah di Asia – Abdul Karim

ByHafeezzur Muzamir

KOTA SAMARAHAN, 8 April: Bandar Sibu dikenal pasti sebagai antara bandar yang menawarkan tempat penginapan termurah di Asia, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak itu optimis situasi berkenaan sebagai suatu petunjuk yang baik untuk industri pelancongan di negeri ini.

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Program Jelajah Ramadan anjuran Biro Agama Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (PEMADAM) di perkarangan Masjid An- Najah Asajaya di sini, hari ini. Foto: Mohamed Raffiq (TVS)

“Ini adalah satu perkara yang boleh dikatakan bagus. Saya percaya dengan apa yang telah diusahakan kita (kementerian) untuk membawa penerbangan masuk ke Sibu dan pembukaan jalan raya dari Sibu ke Kapit sedikit sebanyak membantu merancakkan lagi industri pelancongan di Sibu.

“Bagaimanapun, saya percaya industri perhotelan ini sebenarnya banyak bergantung kepada permintaan dan penawaran.

“Sekiranya ramai yang datang, maka harganya akan automatik meningkat, “ katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Program Jelajah Ramadan Biro Agama Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (PEMADAM) di perkarangan Masjid An- Najah Asajaya di sini, pada Sabtu.

Baca artikel berkaitan > > > Sibu disenarai Agoda menawarkan kadar penginapan termurah di Malaysia

Abdul Karim menambah, beliau percaya penglibatan kementeriannya dalam mempromosi destinasi pelancongan di negeri ini menerusi Sarawak Pavillion dalam pameran perdagangan pelancongan terbesar dunia iaitu International Tourismus Borse (ITB) di Berlin baru-baru ini akan memberi impak positif kepada sektor pelancongan di Sibu.

“Inisiatif kami (kementerian) menguar-uarkan tentang potensi Sibu sebagai bandar yang bagus untuk dilawati semasa di Berlin, Germany akan memberi pertambahan pengunjung tempatan dan luar yang sekali gus akan menyemarakkan lagi sektor pelancongan di bandar itu, “ jelasnya.

Sebelum ini, platform tempahan penginapan dalam talian, Agoda menyenaraikan Sibu sebagai destinasi pelancongan paling murah di Malaysia dengan kadar purata bilik serendah RM136 semalam bagi bulan April. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan