Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa ketika membuat lawatan kerja tapak projek pembinaan hospital Papar. Foto: JaPEN

Pandemik COVID-19 punca projek sakit di seluruh negara

PAPAR, 9 April: Pandemik COVID-19 yang melanda negara menjejaskan jadual projek pembinaan fasiliti kesihatan di negara ini.

Menteri kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, selain pandemik COVID-19, kekurangan tenaga pekerja dan peningkatan harga bahan binaan merupakan antara faktor kelewatan projek tersebut.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa ketika membuat lawatan kerja tapak projek pembinaan hospital Papar semalam. Foto: JaPEN

“Kita tahu bahawa kita berdepan dengan COVID-19 baru – baru ini, kita tahu projek ini tidak dapat berjalan tetapi ada juga faktor faktor lain yang telah dikenal pasti.

“Mungkin dari sudut penyediaan pekerja oleh kontraktor mungkin ada sedikit jadi itu semua memberikan faktor yang menyebabkan projek ini lewat dan kita kategorikan sebagai projek sakit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat lawatan kerja tapak projek pembinaan hospital Papar, semalam.

Zaliha turut berkata, projek naik taraf hospital berkenaan adalah bukti bahawa kerajaan sentiasa komited untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan demi kesejahteraan rakyat di negeri Sabah khususnya daerah Papar.

Menurutnya, projek berkenaan telah diluluskan dengan kos sebanyak RM98.5 juta yang melibatkan pembinaan wad dengan pertambahan 84 katil merangkumi wad pediatrik, wad wanita dan wad lelaki.

Selain itu, perkhidmatan yang bakal disediakan kepada pesakit termasuk kecemasan dan trauma, pengimejan, farmasi satelit, dewan pembedahan, jabatan serta perkhidmatan lain yang berkaitan.

Jelasnya, keseluruhan kapasiti katil bagi hospital Papar akan meningkat kepada 161 katil apabila projek tersebut siap yang telah bermula pada 23 Mei 2017 dan mengalami kelewatan.

Kelewatan tersebut dijangka dapat dipulihkan dan disiapkan pada penghujung tahun ini serta mula beroperasi pada bulan Mac 2024.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan