Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof,ditemui media di Program Khas Belia Parlimen Petra Jaya, Kuching hari ini. Foto: Salasiah Safian (TVS)

GPS hormati keputusan UMNO, selebihnya terpulang kepada proses perundangan – Fadillah Yusof

BySalasiah Safian

KUCHING, 8 April: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghormati keputusan UMNO yang akan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong agar memberi pengampunan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, itu adalah hak UMNO sebagai sebuah parti yang memperjuangkan pengampunan kepada pemimpin mereka dahulu.

“Kita menghormati keputusan mereka sebab itu hak mereka sebagai sebuah parti yang memperjuangkan pengampunan kepada pemimpin mereka dulu.

“Sepatutnya kita hormati keputusan mereka dan kita serahkan kepada proses sama ada pengampunan akan dapat diberi ataupun tidak dan bagi kita kalau secara peribadi kita tahu Datuk Seri Najib banyak membantu dalam pembangunan negara kita termasuk di Sarawak ini,” katanya ketika ditemui media di Program Khas Belia Parlimen Petra Jaya di sini, hari ini.

Ketika ditanya adakah ia akan memberi kesan kepada Kerajaan Perpaduan, jelasnya, kerajaan dan parti adalah berlainan.

Apa yang penting katanya, ialah fokus kepada apa yang telah diperjuangkan oleh Kerajaan Perpaduan.

“Konsep Malaysia Madani misalnya iaitu keterangkuman dan memfokuskan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia supaya kita dapat keluar dari kemelut politik dan pada masa yang sama memfokuskan kepada pemulihan ekonomi negara.

“Itu adalah lebih utama yang patut diperjuangkan oleh kerajaan dan kerajaan dan parti adalah tidak sama,” ujarnya.

UMNO berhasrat mempersembahkan permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memberi pertimbangan pengampunan kepada bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan