Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bergambar bersama para jemaah Masjid Darul Ibadah, Kampung Kudei Lama, selepas selesai solat sunat terawih. Foto: Fadillah Yusof (FB).

Rundingan penukaran bidang kuasa Pelabuhan Bintulu di bawah Kerajaan Sarawak akan bermula

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 8 April: Satu rundingan mengenai perubahan status Pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan persekutuan kepada pelabuhan negeri bakal dimulakan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, sebelum ini, pelabuhan tersebut dibangunkan dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat secara interim.

Jelasnya, hal ini kerana Kerajaan Negeri tidak berkemampuan untuk membina pelabuhan khususnya untuk tujuan minyak dan gas pada waktu itu.

“Jadi sekarang ini, perundingan itu akan dimulakan, surat-surat juga baharu diterima dan kita akan berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk melihat kepada perincian dan apa pula pandangan di peringkat persekutuan.

“Sama ada mereka akan bersetuju untuk menyerahkan pentadbiran Pelabuhan Bintulu itu kembali kepada Sarawak mengikut apa diperuntukkan dalam perlembagaan dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas selesai menunaikan solat sunat terawih di Masjid Darul Ibadah, Kampung Kudei Lama, malam tadi.

Tambah Fadillah, terdapat perkara-perkara lain turut akan dibincangkan dalam rundingan itu.

“Perkara ini akan dimuktamadkan setelah berbincang di peringkat jawatankuasa teknikal, kemudian, ia boleh dibawa ke peringkat majlis untuk diputuskan,” katanya.

Sebelum ini, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan Kerajaan Sarawak mahu Pelabuhan Bintulu di bawah bidang kuasanya bagi membolehkan pelabuhan itu diurus dan dimajukan sebagai pelabuhan negeri, sekali gus mengubahnya sebagai hab pengangkutan di rantau Asia Pasifik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan