Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bersalaman bersama para jemaah di Masjid Darul Ibadah, Kampung Kudei Lama. Foto: Fadillah Yusof (FB).

Sarawak mulakan langkah ambil tanah tidak dimajukan Kerajaan Persekutuan

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 8 April: Kerajaan Sarawak telah mengatur mesyuarat bersama Kerajaan Persekutuan bagi membuka langkah untuk mengambil semula tanahnya di wilayah ini yang tidak dimajukan oleh Kerajaan Pusat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Sabah dan Sarawak berhasrat agar tanah tersebut dikembalikan kepada Kerajaan Negeri yang melibatkan tiga kawasan tanah di Sarawak, dua di Sabah dan sebahagian lain masih di peringkat perincian.

Katanya, perkara berkenaan akan dapat dimuktamadkan melalui mesyuarat berkenaan yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tetapi, saya tengah memanggil mesyuarat teknikal yang melibatkan Kerajaan Sabah, Sarawak dan Kerajaan Persekutuan.

“Pertama, ia akan melibatkan hubung kait dengan tanah (tidak dimajukan) dan kedua, berkenaan undang-undang hasil dalam negeri iaitu untuk memasukkan wakil sebagai ahli Lembaga Hasil Dalam Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas selesai menunaikan solat sunat terawih di Masjid Darul Ibadah, Kampung Kudei Lama, malam tadi.

Mengulas lanjut, Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, ketika ini, mesyuarat tersebut juga masih di peringkat jawatankuasa kerja iaitu di peringkat pegawai.

“Mengenai dengan pentadbiran kesihatan dan pendidikan, perkara ini masih belum dapat dibawa ke peringkat teknikal kerana ia masih di peringkat awal,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan