ANKARA, 6 April: Argentina kembali mengungguli Ranking Dunia Lelaki FIFA buat pertama kali sejak 2017, menurut badan induk bola sepak dunia itu yang mengumumkan kedudukan terkini pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.
Argentina yang diketuai Lionel Messi memenangi Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar pada Disember selepas menumpaskan Perancis.
Bulan lepas, Brazil dikejutkan oleh Maghribi 2-1.
Digelar La Albiceleste (The White and Sky Blue), Argentina sebelum ini mendahului ranking FIFA pada Mac 2017.
Pendahulu baharu Argentina memperoleh 1,840.93 mata, diikuti pemenang pingat perak Piala Dunia 2022 Perancis dengan 1,838.45 mata.
Brazil berada di tempat ketiga dengan 1,834.21 mata. Kedudukan Dunia FIFA seterusnya akan diterbitkan pada 20 Julai. -TVS