KUCHING, 6 April: Fenomena awan seolah – olah ‘terbelah’ yang dikesan di Bintulu, pagi tadi menarik perhatian penduduk sekitar.
Video kejadian itu yang berdurasi 16 saat itu dirakam oleh pengguna Facebook kira-kira pukul 9 pagi tadi turut tular.
Nas Nazia berkata, dia sempat merakam gambar awan berkenaan di Kampung Jepak.
Zue Riena pula berkongsi foto sama di Pelabuhan Bintulu.
Difahamkan, awan unik itu turut dikesan di Miri yang terletak kira – kira 200 kilometer (km) dari Bintulu.
Dalam keterujaan menyaksikan fenomena itu, penduduk Bintulu berharap tidak berlaku hujan lebat dan ribut petir seperti yang melanda Sibu, petang semalam.
Emuck Zai berkata, dia berharap tidak ada kejadian buruk berlaku susulan pembentukan awan berkenaan.
@tvstvmy Fenomena awan ‘aneh’ dikesan di Bintulu pagi tadi. #TVS122 #TVSNews #Bintulu #beritaditiktok #trendingNewsMalaysia #AwanAneh #fyp #foryoupage
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sarawak termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah, Kapit, Miri dan Bintulu.
“Ribut petir dijangka melanda kawasan berkenaan sehingga pukul 5 petang Khamis,” jelas MetMalaysia. -TVS