Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kek lapis anyaman yang sering ditempah oleh pelanggannya adalah Swisroll, Pua Kumbu dan Batik Kenyalang. Foto: Yb Kenyalang

Kek lapis anyaman ‘jemmarahan’ curi perhatian di TikTok

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 6 April: Kreativiti menampilkan kek lapis anyaman ‘jemmarahan’ untuk pasaran pada Aidilfitri kali ini merupakan hasrat anak jati Samarahan ini mencuri perhatian para pelanggannya.

Mula menganyam pada kek lapis sejak Oktober 2020, Yadi Bujang akui tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan kek lapis anyaman untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjengah tidak lama lagi.

“Saya mencipta kek lapis anyaman ‘jemmarahan’ dengan warna pusat beli-belah Summer Mall kerana saya tinggal di Samarahan…uniknya kek ini dihasilkan tanpa menggunakan jem,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

@pencinta_kek_lapis

kek lapis anyaman Sarawak #InspirasiRamadan #kekraya2023

♬ Pejam Celik Hari Raya – Iman Troye

Jemmarahan merupakan nama jolokan untuk Kota Samarahan sering mengalami kesesakan lalu lintas – jam merupakan singkatan kesesakan lalu lintas manakala marahan singkatan Kota Samarahan.

Justeru, beliau mengambil peluang menggunakan nama jemmarahan  bagi membantu populariti dalam pemasaran.

Menurut Yadi, 38, rata-rata mereka sudah merasai kek lapisnya sering memberi maklum balas yang positif serta menyukai air tangannya.

“Kek lapis saya mula dikenali sejak tahun lepas sejak saya sering membawanya (kek lapis) sebagai buah tangan untuk jururawat dan doktor di Hospital Umum Sarawak (HUS) yang merawat saya.”

“Ramai memuji kek lapis anyaman saya sedap dan tidak manis kerana saya tidak menggunakan gula pasir ketika membuatnya,” ujarnya.

Yadi yang berasal dari Kampung Bundong Lot Fasa 1 itu menambah antara kek lapis anyaman yang sering ditempah oleh pelanggannya adalah Swisroll, Pua Kumbu dan Batik Kenyalang.

Mahu hasil air tangannya lebih dikenali, Yadi kini mula menggunakan platform digital iaitu TikTok untuk tujuan pemasaran.

“Pada awalnya saya ‘bermain’ TikTok kerana desakan kawan tetapi apabila melihat banyak view (tontonan) saya sangat gembira kerana selain memperkenalkan kek lapis saya kepada orang ramai.”

“Video saya di TikTok juga akan mempamerkan budaya dan keunikan kek lapis Sarawak kita kepada orang luar,” katanya yang menggunakan nama ‘Yb Kenyalang’ dalam aplikasi itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan