Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandangan bandar Sibu yang disenaraikan Agoda sebagai destinasi penginapan termurah di Malaysia bagi April 2023. Foto: TVS

Sibu disenarai Agoda menawarkan kadar penginapan termurah di Malaysia

ByElani Rosllan

KUCHING, 6 April: Sibu sebuah bandar yang terletak di tengah Sarawak disenaraikan oleh platform tempahan dalam talian, Agoda sebagai destinasi penginapan termurah di Malaysia bagi April 2023.

Menurut Agoda, pelancong yang datang ke Sibu boleh menikmati kadar bilik paling kompetitif bulan ini dengan kadar purata bilik RM136.

“Agoda, sebuah platform pelancongan digital yang kompetitif menganalisis kadar purata bilik destinasi pelancongan pada April. Untuk di Malaysia, Sibu, Sarawak adalah destinasi pelancongan paling berpatutan,” katanya menerusi kenyataan media pada Rabu.

Sibu tersenarai sebagai destinasi pelancongan paling berpatutan oleh Agoda. Foto: Agoda.

Sibu yang terbentang di tebing Batang Rajang mempunyai pemandangan yang cantik, pelbagai makanan, warisan sejarah dan budaya yang kaya serta keindahan alam semula jadi menakjubkan.

Pemandangan bandar Sibu yang terletak di tebing Batang Rajang. Foto: TVS.

Jika mengunjungi Sibu, antara aktiviti wajib untuk dilakukan adalah menyelami tradisi lama di Kuil Tua Pek Kong dan bagi pencinta alam semula jadi pula boleh berkunjung ke taman dan rizab alam semula jadi serta berjalan-jalan di denai seperti di Hutan Simpan Bukit Lima, Taman Tasik Sibu dan Jejak Warisan Sungai Merah (Heritage Walk Sungai Merah).

Baca artikel berkaitan > > > Penginapan di Sibu antara termurah di Asia – Abdul Karim

Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk menikmati pelbagai makanan tempatan seperti mi sua, mi kampua, kompia dan banyak lagi.

Turut dalam senarai lima destinasi paling berpatutan ialah Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Taiping. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan