Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: BERNAMA

MBSB Bank tawar kemudahan patuh syariah FSA2 kepada pencarum KWSP

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 April: MBSB Bank Bhd menawarkan kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) patuh Syariah Ihsan-i kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 7 April 2023.

Baca berita berkaitan:

  1. 1. FSA2 untuk pencarum berhadapan masalah kewangan – CEO KWSP
  2. 2. Tidak benar keluar KWSP, kerajaan bertanggungjawab lindungi rakyat – Rafizi
  3. 3. Pencarum perlu sedar risiko mungkir FSA2 KWSP  
  4. 4. KWSP perincikan mekanisme bagi FSA 2, bermula 7 April

Bank itu berkata kemudahan Ihsan-i yang disediakan bertujuan membantu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun yang memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi patuh syariah dengan kadar kompetitif.

Jumlah pembiayaan maksimum adalah RM50,000 dengan tempoh pembayaran sehingga 10 tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Datuk Nor Azam M. Taib.

“Pembayaran ansuran bulanan Ihsan-i pada tahun pertama adalah lebih rendah kerana pelanggan hanya perlu membayar kadar keuntungan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ihsan-i oleh MBSB Bank berlandaskan Syariah dan mengguna pakai konsep Tawarruq dan antara kelebihannya adalah kadar keuntungan yang rendah, tiada caj proses dan tiada caj penamatan awal.

Ihsan-i juga akan memberi rebat atau Ibra’ atas kadar keuntungan bank sekiranya pembayaran baki pembiayaan ditamatkan lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.

@tvstvmy

Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh digunakan sebagai talian hayat apabila keadaan mendesak. 📹 TVS Layari www.tvstv.my & tonton TVS di saluran 122 Astro & MYTV. #TVS122 #TVSNews #KWSP #FSA2

♬ original sound – TVS News – TVS News

Permohonan boleh dibuat dalam talian melalui laman sesawang www.fsa2mbsbbank.com bermula 7 April 2023.

Kelulusan pembiayaan adalah tertakluk kepada kelayakan pembiayaan dan kedudukan kredit para pemohon. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan