Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Adegan daripada drama bersiri JTBC ″Reborn Rich″ yang berakhir pada Disember lalu dengan 26.9 peratus rating penonton. Foto: JTBC.

Korea Selatan tingkatkan peruntukan untuk televisyen tahun ini

ByRegina Lee

KOREA SELATAN, 6 April: Kerajaan Korea akan membelanjakan kira-kira RM412.7 juta (123.5 bilion won) untuk mengembangkan industri televisyen dan penyiaran tempatan tahun ini dengan peningkatan sebanyak 168 peratus berbanding tahun lepas.

Hasrat itu menurut kenyataan Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongannya pada Ahad agar industri terbabit dapat mengikuti kejayaan drama seperti “Extraordinary Attorney Woo” dan “Reborn Rich.”

Kenyataan menyatakan dana itu akan disalurkan untuk memupuk pasaran televisyen tempatan dengan membiayai penerbit tempatan dan membina kemudahan penggambaran baharu, dengan penekanan kepada kandungan yang ditujukan kepada perkhidmatan penstriman.

“Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan akan mengikuti perkembangan program sokongan sedemikian supaya kandungan yang disiarkan menjadi titik pertukaran bagi industri kandungan kami,” kata kementerian itu.

Daripada jumlah tersebut, RM151.8 juta (45.4 bilion won) akan diguna untuk membiayai kerja-kerja khususnya untuk perkhidmatan penstriman, atau lebih dikenali sebagai platform over-the-top (OTT), yang telah meningkat sebanyak 291 peratus berbanding RM38.8 juta (11.6 bilion) yang dibelanjakan pada 2022.

Difahamkan penerbit yang ingin memohon program sokongan OTT perlu mengedarkan karya mereka kepada perkhidmatan penstriman tempatan sebelum menggunakan perkhidmatan luar negara dan bersama-sama memiliki hak harta intelek (IP) kerja dengan syarikat penstriman tempatan.

Kira-kira RM133.6 juta (40 bilion won) akan diguna untuk membiayai projek pasca penerbitan seperti kesan visual, grafik komputer, sari kata serta pemenambahan ciri lain untuk orang yang mengalami masalah penglihatan atau pendengaran.

Tambahan RM33.4 juta (10 bilion won) pula akan digunakan untuk membantu syarikat pengeluaran berskala kecil dan sederhana memasarkan kerja mereka ke luar negara.

Sementara itu, Kementerian juga akan menggunakan RM26.4 juta (7.9 bilion won) untuk membina set penggambaran di Studio Cube, sebuah syarikat produksi yang terletak di Daejeon, yang mempunyai kemudahan adegan bawah air dan RM6.3 juta (1.9 bilion won) akan disalurkan ke program latihan untuk profesional dalam bidang televisyen dan penyiaran.

Menurut satu laporan portal di Korea, ‘Siri ‘Reborn Rich’ diwujudkan sebagai sebahagian daripada program sokongan kementerian, yang mencecah rating tertinggi sebanyak 26.9 peratus penonton dan telah menjadi drama paling berjaya pada 2022. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan