Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemasangan mikrocip pada anjing peliharaan digalakkan bagi memudahkan PBT mengesan anjing masuk kawasan rabies. Foto hiasan: Envato

Dr Sim galak pasang mikrocip, kesan anjing masuk kawasan rabies

ByOdleen Catherny

BAU, 5 April: Pemasangan mikrocip pada anjing peliharaan digalakkan bagi memudahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengesan anjing yang berkeliaran di kawasan diwartakan sebagai rabies.

Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian yang berkata demikian, menambah ia juga bagi mengelakkan anjing peliharaan dijangkiti rabies, sekali gus meningkatkan bilangan anjing rabies.

Anjing yang dipasang mikrocip itu akan diasingkan sekiranya didapati memasuki kawasan diwartakan rabies.

Menurutnya, pemasangan mikrocip juga akan mampu membentuk komuniti yang lebih bertanggungjawab terhadap anjing peliharaan mereka.

“Kita perlu mewajibkan (pemasangan mikrocip) kerana untuk kita bergerak ke hadapan, kita perlu menghapuskan penyakit rabies sepenuhnya agar kita tidak lagi risau tentang jangkitannya. Ini kerana ia memakan kos yang tinggi untuk menangkap dan memvaksin anjing.

“Bukan sahaja soal duit, tetapi mereka yang meninggal akibat jangkitan rabies juga kita sesali kerana ia merupakan kematian yang tidak perlu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah Bau bagi tempoh 1 April 2023 hingga 31 Mac 2025, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, kesedaran memvaksin anjing peliharaan secara sukarela sebelum ini dilihat kurang memberi impak.

Justeru, beliau berharap orang ramai ambil maklum mengenai pemasangan mikrocip kerana ini juga adalah sebahagian daripada program pemvaksinan anjing.

“Kes kematian tahun ini lebih tinggi berbanding tahun lepas.

“Sekiranya pemakluman untuk memvaksin anjing secara sukarela tidak berkesan, kita perlu ambil tindakan lain. Kita akan melihat apa lagi yang boleh dilaksanakan dan kami amat memerlukan kerjasama orang ramai terutamanya pencinta haiwan,” katanya lagi.

Pada Selasa, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Michael Tiang Ming Tee memaklumkan setakat ini 24,241 anjing berlesen didaftarkan di Sarawak dengan 2,104 anjing berlesen dipasang mikrocip. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan