Aroma Sungkei Episod 13 telah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Selasa (4 April).
Kambing Bakar
Bahan-bahan:
2 potong daging kambing
2 sudu sos tiram
3 sudu sos lada hitam
2 sudu cili kisar
5 sudu kicap manis
2 cm halia
2g Serbuk lada hitam
1/2 sudu daun rosemary
Gula secukup rasa
Cara memasak:
- 1. Perap daging kambing dengan sos tiram, sos lada hitam, kicap manis, cili kisar
- 2. Masukkan serbuk lada hitam, daun rosemary & gula
- 3. Masak selama 7 minit disetiap sisi
- 4. Sedia dihidang
Roti Goreng Kurma Epal Kismis
Bahan-bahan:
10 keping roti
2 buah epal
5 biji kurma
1 sudu makan kismis
1 sudu makan gula perang
1/4 sudu serbuk kulit kayu manis
1/4 sudu serbuk vanila
3 sudu tepung jagung
3 biji telur Serbuk roti
Cara membuat:
- 1. Masak epal, kurma, gula perang, serbuk kulit kayu manis & serbuk vanila
- 2. Letakkan air bancuhan tepung jagung & masak sehingga memekat
- 3. Leperkan roti & masukkan inti yang sudah dimasak
- 4. Salut dengan telur dan serbuk roti
- 5. Goreng selama sehingga keemasan
- 6. Sedia dihidang
Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV.
Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di Facebook, Instagram dan TikTok. – TVS