Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Rogol Teman Wanita: Remaja ke Sekolah Henry Gurney

KUCHING, MEI 24: Seorang penganggur berusia 18 tahun diperintah oleh Mahkamah Sesyen untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney atas tuduhan merogol.

Ini selepas tertuduh mengaku tidak bersalah merogol teman wanitanya yang berusia 16 tahun sehingga mangsa mengandung dan melahirkan anak.

Hakim Jason juga menetapkan demikian terhadap pesalah muda itu setelah mendengar laporan sosial yang dikemukakan jabatan kebajikan masyarakat.

Mahkamah seterusnya menetapkan pesalah muda tersebut dihantar ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo sehingga dia berusia 21 tahun.

Mengikut pertuduhan, remaja lelaki yang tidak diwakili peguam itu didakwa merogol mangsa di rumah tertuduh yang terletak di kampung semerah padi, sekitar februari tahun ini.

Berdasarkan keterangan kes, tertuduh dan mangsa telah menjalinkan hubungan selama dua tahun sebelum kejadian berlaku.

Laporan perubatan daripada hospital juga mengesahkan terdapat kesan kesan koyakan pada kemaluan mangsa. 

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan