Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Duta Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko merakam kenangan bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Jepun optimis CHITOSE, landasan perkasa hubungan dua hala dengan Sarawak

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 4 April: Jepun optimis penubuhan syarikat gergasi mikroalga di Sarawak iaitu CHITOSE bakal menyediakan landasan untuk memperkukuhkan hubungan dua halanya dengan Sarawak.

Duta Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko berkata pembukaan syarikat berkenaan nanti akan menjadi salah satu medium untuk mencapai matlamat tersebut.

“Secara umumnya kita bercakap mengenai pemerkasaan hubungan dua hala antara Jepun dan Sarawak, atau secara terperincinya hubungan perniagaan. Kita mempunyai lebih kurang 30 syarikat Jepun beroperasi di Sarawak.

“Justeru saya memohon sokongan termasuklah terhadap CHITOSE untuk aktiviti perniagaan yang lebih baik di negeri ini,” ujar beliau.

Menurut beliau lagi, buat masa ini tumpuan sepenuhnya diberikan kepada penubuhan CHITOSE yang merupakan teknologi terkini daripada Jepun.

“Projek ini sebenarnya adalah yang terbaru, pengenalan terhadap satu teknologi terkini dari Jepun dan saya rasa inilah sumbangan sebenar kepada keselamatan persekitaran, makanan dan tenaga.”

“Justeru, saya benar-benar berharap fasiliti CHITOSE akan berjaya dan saya rasa mereka mempunyai perancangan untuk mengembangkan lagi aktiviti. Jadi inilah satu perkara yang akan difokuskan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Takahashi turut memuji usaha Sarawak yang sangat aktif dalam industri teknologi hijau karbon.

Ujar beliau, Jepun juga mempunyai potensi untuk menyumbang dalam industri berkenaan.

“Sudah tentu saya mengikuti aktiviti ini di Kuala Lumpur tetapi saya kira Sarawak ialah satu negeri yang paling aktif bercakap mengenai teknologi hijau ini dan saya benar-benar berharap Sarawak akan menjadi pusat aktiviti teknologi baharu ini,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan