Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Cikgu Mirwan Pelopor Utama Pembuat Sarung Parang Sarawak

ByYazid Ibrahim

BUKAN sahaja berbakat menyampaikan ilmu di dalam bilik darjah, seorang guru juga mempunyai bakat diluar bilik darjah iaitu membuat sarung parang, sarung keris, tongkat polis, sarung mancis.

Mirwan Juni yang berasal dari Kampung Rajang, Daro, Sarawak, telah meminati seni pembuatan bidang umur 10 tahun lagi.

Menurutnya, pada mulanya beliau hanya membuat pedang kayu untuk main-main sahaja.

“Minat saya terhadap seni parang ini hampir-hampir terpadam semasa saya belajar di universiti kerana tidak mempunyai masa,” katanya dalam temubual bersama TVS.

Bertugas di sebuah sekolah di Saratok, Mirwan yang berumur dalam 30-an, dibesarkan bersama lapan orang adik-beradik. Bapa beliau merupakan seorang pekerja buruh dan ibunya suri rumah dan menjual kuih sepenuh masa. Beliau bukan dari keluarga yang senang tetapi persekitaran yang banyak mengajarnya menjadi seorang yang berguna sampai hari ini.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>>  Hantu Jual Ayam Goreng?

Pada 2015, Mirwan bermula mengumpul bahan-bahan dan mencari guru yang pakar dalam seni pembuatan sarung parang di media sosial seperti Facebook dan WhatsApp. Setelah berjaya belajar membuat sarung parang beliau juga sering berkongsi ilmu kepada orang lain di media sosial dan beliau ialah pelopor ataupun orang pertama membuat sarung parang di Sarawak yang moden, berbeza dengan kaedah tradisional (sarung belah/apit).

Wow, hebatnya cikgu Mirwan!

Pada masa yang sama, Mirwan juga membuat sarung keris, tongkat polis, sarung mancis dan banyak lagi.

Sumber bahan untuk membuat sarung kebiasaannya akan dibeli daripada pembekal kayu yang dipilih mengikut jenis kayu yang berkualiti tinggi seperti kayu kemuning, penawar hitam, arang malam, kayu bunga dan banyak lagi dari seluruh pelosok Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Di samping itu, bahan daripada tembaga, aluminium dan tanduk kerbau juga digunakan untuk membuat sarung parang. Pada masa yang sama, konsep tradisional juga perlu diterapkan dengan menambah bahagian tertentu dalam sarung yang sedia ada sebelum ini. Sebagai contohnya memasukkan kasut dan sampir pada parang rekaan tradisional kemudian diserikan dengan elemen tradisional seperti tembaga, kayu, aluminium dan tanduk.

Selain itu, evolusi yang telah bermula di Saratok ini dari segi teknik pembuatan yang mana dahulu mengepitkan dua buah papan, kini diubah menggunakan dua teknik baru iaitu tebuk dan belah atas.

“Kedua-dua teknik ini memang agak rumit untuk diaplikasikan dalam membuat sarung parang, sekiranya bahan-bahan tidak mencukupi”, jelas Mirwan.

Teknik yang digunakan untuk menghasilkannya ini ialah teknik yang lebih selamat dan tidak membazir kayu. Namun, Mirwan telah menambah ciri-ciri keselamatan pada sarung parang supaya parangnya tidak terkeluar atau jatuh dari sarung semasa diterbalikkan.

Jika di Saratok beliau menghasilkan banyak jenis sarung yang ditebuk menggunakan gerudi panjang kemudian lubang tersebut akan dikorek menggunakan gergaji yang panjang mengikut belah parang. Tambah Mirwan lagi, “Bilah yang digunakan untuk membuat pisau atau parang akan ditempah khas daripada tukang besi seluruh Sarawak dan Semenanjung Malaysia.”

Kebanyakan bahan yang digunakan untuk membuat parang dan sarung parang dibeli di atas talian dan akan dibentuk mengikut kehendak pelanggan.

Mirwan juga dapat menghasilkan empat hingga lima potongan sarung parang. Beliau berkata harga jualan parangnya dalam ratusan ringgit.

“Harga sebilah pisau atau parang dijual antara RM180 sehingga RM1,500 bergantung kepada saiz dan kualiti.

“Pisau dan parang bukan sahaja digunakan untuk kegunaan harian tetapi boleh dijadikan cenderahati dan perhiasan juga,” katanya.

Mirwan juga berkata walaupun bekerja sebagai guru namun beliau dapat membahagikan masanya berniaga dan mengajar.

“Saya hanya berniaga di hujung minggu dan cuti sekolah sahaja,” katanya lagi.

Minat Mirwan terhadap seni sarung parang ini adalah untuk meneruskan warisan senjata bangsa atau suku kaum kita di Sarawak dan Malaysia amnya.

Sumber daripada : Mohammad Mirwan J

Ikuti TVS di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan