SIBU, 3 April: Warden trafik Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dijangka akan memulakan tugas mereka pada tahun ini, ujar Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Michael Tiang Ming Tee.
Menurutnya, ketika ini MPS sedang menunggu permohonan peralatan yang masih belum selesai dan memerlukan kelulusan daripada kementerian.
Warden trafik MPS sedang menjalani latihan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), jelasnya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Jualan Bendera Tahunan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Cawangan Sibu di sini pada Ahad.
MPS merancang menugaskan warden trafik di hadapan sekolah ketika waktu kemuncak bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.
“MPS sebenarnya sudah memulakan trafik warden tetapi ketika ini mereka sedang menunggu kenderaan mereka iaitu skuter peronda dan sebagainyanya,” katanya. – TVS