Aroma Sungkei Episod 10 telah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Sabtu (2 April).
Dua sajian yang dipertontonkan ialah Ayam Tunok Gula Apong dan Umai Udang. Ingin berbuka puasa dengan dua hidangan ini? Kami sajikan resipinya untuk anda. Selamat mencuba!
Ayam Tunok Gula Apong
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 cili padi
2 sudu biji ketumbar
2 cm halia
1 serai
Garam
3 sudu gula apong
Cara memasak:
- 1. Kisar bawang besar, bawang merah, cili padi, halia & serai
- 2. Salut bahan kisar dengan ayam
- 3. Masukkan gula apong, garam & biji ketumbar
- 4. Masak selama 15 minit di kedua-dua sisi
- 5. Sedia dihidang
Umai Udang
Bahan-bahan:
500g udang
5 biji bawang besar
3 biji cili padi merah
2 tangkai daun ketumbar
1 serai
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 cawan cuka
Garam
Gula
Cara membuat:
- Hiris bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, serai & daun ketumbar
- Campurkan bahan hiris dengan udang dan letakkan cuka
- Masukkan garam & gula
- Tunggu sehingga 10 minit
- Sedia dihidang
Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV.
Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di Facebook, Instagram dan TikTok. – TVS