Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Hajiji Noor. Foto: Bernama

Media main peranan sampaikan agenda kerajaan kepada rakyat – Hajiji

ByBernama

KOTA KINABALU, 2 April: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peranan media antaranya Radio Televisyen Malaysia (RTM) penting untuk membantu menyampaikan maklumat dan agenda kerajaan kepada rakyat.

Beliau berkata, agenda pembangunan kerajaan perlu disampaikan ke seluruh negeri agar setiap usaha yang sedang dan akan dilaksanakan diketahui oleh rakyat di negeri ini.

“Ini termasuklah insiatif pembangunan iaitu Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). Kita mahu semua rakyat tahu maklumat yang terkandung dalam Halatuju SMJ ini.

“Saya berharap RTM sama ada menerusi siaran radio atau televisyen terus memberi maklumat yang terkandung dalam Halatuju SMJ, apa yang telah dan sedang dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Sabah Berselawat sempena sambutan Hari RTM ke-77 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini, malam tadi.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Sabah, Aminah Samsudin Mohd.

Ketua Menteri berkata, antara kejayaan terbaru dicapai oleh kerajaan negeri ialah memorandum persefahaman (MoU) antara Kumpulan Linaco dan Sawit Kinabalu bagi pembinaan sebuah kilang pemprosesan kelapa bersepadu bernilai RM200 juta di Langkon, Kota Marudu.

“Sabah juga telah merealisasikan pengambilalihan 50 peratus kepentingan penyertaan dalam PSC Samarang dengan termeterai perjanjian dengan PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB),” katanya.

Mengenai majlis itu, Hajiji berkata, ia sejajar dengan konsep Malaysia MADANI, nadi penggerak masyarakat bertamadun dengan usaha perpaduan dan bersatu untuk memanfaatkan insaniah, ekonomi serta sosial.

Katanya, program Sabah Berselawat 2023 yang julung kali dianjurkan oleh RTM Sabah dapat meningkatkan ilmu dan kefahaman mengenai Islam.

Sementara itu, Aminah berkata, program Sabah Berselawat itu dibuat untuk diangkat sebagai Program Radio di lokasi RDL tahunan stesen SABAHfm dengan penglibatan lebih ramai jemputan termasuk pusat tahfiz dan orang ramai.

Beliau berkata, program seumpama itu akan dapat merakyatkan RTM dan mengekalkan peranannya  sebagai stesen penyiaran unggul negara serta menjadi jenama nombor satu dalam bidang penyiaran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan